Taka Melur, Labis mula dikerumuni pengunjung. Persepsi atau khayalan?

Sebelum memulakan bicara, mungkin agak sudah lewat, tapi Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua yang menyambutnya.

Tahun 2015 kalendar lunar merupakan Tahun Kambing. Harap maju jaya, kesihatan yang baik dan jangan lupa kepada perpaduan yang selama ini dikecapi. 

Jika runtuhnya perpaduan, sekelip mata sudah mudah melayang. Harap-harap tidak begitulah.

Taka Melur yang ingin dikongsi ialah lokasi perkelahan di Hutan Simpan terletak di Labis. Jauh sikit dari Kolam Rekreasi Air Panas. 'Jauh jauh sangat sangat' dari Berlin. Kurang lebih begitulah.

Keadaan ekonomi sebegini, riadah tetap perlu untuk merehatkan tekanan. Apatahlagi yang bekeluarga. Percuma itulah tempat paling mudah dituju. Lagipun harga petrol turun sedikit mungkin mendorong musim cuti ini untuk mengembara lebih sikit.
 

17 November 2014. Sedar-sedar, papan arah ke lokasi sudah naik.




Pintu masuk ke hutan simpan. Hati-hati pagar elektrik.

17 November 2014, Jambatan belum siap lagi.

17 November 2014. Masih dalam proses.

15 Januari 2015. Apabila datang kembali sudah siap nampaknya.

21 Febuari 2015. Pengunjung mula tiba.

Walaupun banyak kereta tempatan, ada juga kenderaan negara jiran selatan tanah air.

21 Febuari 2015. Laluan pejalan kaki.

21 Febuari 2015. Berkelah.

21 Febuari 2015. Satu sahaja lubuk bermandi?

21 Febuari 2015. Ada yang berteduh di pondok lama.
Jika melihatkan situasi sebegini, memohon pemimpin kawasan, pihak berkuasa tempatan mahupun agensi yang difikirkan terlibat untuk sama-sama memantau juga menaiktaraf apa yang perlu. Terutama keselamatan.

Keselamatan fizikal untuk mengelakkan kemalangan kecil atau meningkatkan keselesaan.

Keselamatan kerohanian kena juga, maklumlah untuk anak muda (mana tahu orang tua pun ada yang tidak sedar diri), tidak sedap mata memandang, berat lagi di sisi agama. Begitulah kiasannya. (maksiat)

Bukan apa imej yang baik akan terbias kembali. Pesan orang tua, harimau mati meninggalkan belang. Daerah Labis pula meninggalkan apa untuk pengunjung.

Bukan apa, bimbang pula nanti menunggu, 'sudah terhantuk baru terngadah'.

Kata orang lagi, malang tidak berbau. 

Walaupun mungkin ketika ini keselamatan pengunjung atas tanggungjawab sendiri, tuding-menuding bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku. Bukan begitu?


21 Febuari 2015. Apa ditulis tu? Teka...

21 Febuari 2015. Bangunan sejarah?

Sebenarnya banyak lagi perlu dipertimbang untuk menaikkan lokasi ini sebagai destinasi pelancongan.

Apapun pengunjung juga diharap menjaga bumi ini secara bersama. Tidak membuang sampah merata yang mungkin juga penyebab kuman merbahaya membiak. Pembunuh senyap.

Harap juga ada pasukan NGO, komuniti atau pertubuhan sukarela akan digerakkan untuk membangunkan Taka Melur ini. Tidaklah terlalu berharap atau bergantung kepada satu pihak.

Mana yang mampu dan berniat baik. Apa salahnya membuat atau mendidik arah dunia kebajikan. Kerja amal. Rakan Muda?

Bukanlah untuk mencari silap dalam penulisan kali ini. Jauh sekali mencari musuh. Saling beringat juga bertegur.

"Sediakan payung sebelum hujan."

Harap-harap jua, rumah kraf a.k.a Pusat Jualan dan Pengumpulan Kraf SDSI dapat menerima tempias yang baik.

Baiklah. Harap dipenulisan lain kali ada sedikit perubahan.

Jumpa lagi.

**LUASKAN KUASAMU**

psst: seri pula lawan dengan Selangor. Omak den pun orang Selangor. shh..

-Pelarikjohor-





Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja