Majlis Sambutan Maulidur Rasul Felten 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID AN-NUR
24 RABIUL AKHIR 1436H (14 FEBUARI 2015)
SABTU, 6 PETANG
MASJID AN-NUR FELDA TENANG
LABIS, JOHOR D.T 



Alhamdullilah tahun ini berkesempatan lagi untuk menyambut Keputeraan Pesuruh Allah, Nabi Muhammad bersama masyarakat Felda Tenang a.k.a felten.

Jika ikut sejarah, keputeraan nabi ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang juga pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Mengikut atucara yang diberikan, bermula 6.00 petang berkumpul di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang untuk perarakan yang disertai Kelab, Persatuan juga pertubuhan.

Disertai persembahan nasyid, solat berjemaah (maghrib dan isyak), berselawat, jamuan (selepas maghrib) dan ceramah. 

Penceramah jemputan : Ustaz Faizal bin Abdul Rahman (Pengetua SMK Agama Al-Khairiah, Segamat, Johor)

Sedikit liputan gambar sekitar hari berkenaan. Versi Youtube boleh cari dilaman pelarikjohor nanti. Gambar di laman 'mukabuku' pun ada sedikit.

Cerita pembukaan belakang tabir sikit...


Kita intai sedikit dibelakang masjid.








Keadaan dapur.

Master chef.

Persiapan pentas.

Sorang saja? Menanti teman datang lewat ke?

Termenung menjauh? Keseorangan tanpa pembantu? hehe.

Memastikan juadah cukup dan cukup mengikut piawaian ditetapkan.

Jangan sampai ada yang tercekik.


Kita lari pula ke lokasi perarakan seperti yang lepas. Tahun lepas di hadapan Dewan Semai Bakti, tahun ini dianjakkan sedikit arah Tenggara Dewan, Barat Daya dari Masjid, kurang lebih pendekkan cerita, di Sekolah LKTP Tenang.

Lebih kurang pukul 1800, masyarakat tempatan mula berkumpul.

Ambil gambar jauh sikit, baru 'candid'.

Ambil tempat masing-masing. Abang RELA dah marah pula. Lari jadual nanti.

'Sound check', cuba, try dan test. Takut bateri habis, kena 'jumper' pula.

Semua sudah tersusun dan sedia, berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W atau marhaban.

Dalam taman ada hati...

Ada kawad cam ke?
Macam ada tuisyen saja bawa alat tulis sekali. Huikzz..

'moh le kite yang kat warung tu, dapat gak pahala'. Ops!!. Gurau kasar nampak. kuikui.

'AES' sedang beroperasi.

Ketibaan kontinjen perarakkan di perkarangan masjid.


Beratur dan menghabiskan selawat.

Selesai perarakan, mula mengambil tempat sambil berehat sebentar.

Menunggu untuk acara seterusnya.


Pengacara majlis mengambil alih copong.

Lagu ketuhanan berkumandang.

Beriktiqaf menantikan azan berkumandang.

Selesai solat magrib berselawat beramai-ramai.

Bunga telur pun ada. Cuma kurang songkok pula tak lengkap. Ada saja orang nak tegur.

Jamuan selepas maghrib.

Rezeki jangan ditolak.

Mujur tak buat air bancuh panas. Kuikui.

Ulat tiket ke? Penjaja kecil? Macam kat dalam stadium saja?

Tak sempat duduk, haus 'bebeno'...

Pemimpin masyarakat yang turut hadir. Terima kasih memeriahkan majlis ilmu.

Penceramah yang berkongsi ilmu. Muda dan segak lagi.

ADUN Tenang memberikan cenderahati kepada penceramah.

Tempat keempat kontinjen perarakan.

Ketiga pun jadilah.

Juara tahun ini milik kumpulan Kelab Badminton. Tahniah.


Baiklah, sampai disini untuk pertemuan kali ini. Ada masa, coret lagi.

Al-fatihah buat Mursyidul Am PAS, tokoh politik, Tok Guru Nik Aziz dan Pengulas Sukan, Hasbullah Awang yang pergi meninggalkan sebuah nama di bumi Malaysia.

Jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja