Posts

Showing posts from February, 2015

Gotong-Royong RELA dan Badan Khairat FELTEN 2015

Image
Gotong-Royong  Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA -Felten & Daerah Segamat) dan Badan Khairat FELTEN Tanah Perkuburan Felda Tenang Labis, Johor D.T  28 Febuari 2015 Salam bertemu kembali. Penulisan yang lepas, pelarikjohor menyiarkan artikel mengenai Taka Melur, Labis. Fuh... Hangat. Pelbagai persepsi dan kontroversi melanda. Minta maaf jika ada yang tersinggung. Benda sudah lepas. Harapan bukanlah menggunung. Sekadar berita kemasyarakatan. Baiklah kali ini, ada sedikit aktiviti yang agak baik untuk dikongsi. Mulanya sekadar hendak menghantar sebuah cenderahati yang dipesan. Kebetulan kamera pun ada. Sudahlah datang lewat. Tidaklah tolong mana pun. Maaf banyak-banyak. Gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Felten. Dari tanah manusia diciptakan oleh tuhan, kepada tanah kita kembali.

Taka Melur, Labis mula dikerumuni pengunjung. Persepsi atau khayalan?

Image
Sebelum memulakan bicara, mungkin agak sudah lewat, tapi Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua yang menyambutnya. Tahun 2015 kalendar lunar merupakan Tahun Kambing. Harap maju jaya, kesihatan yang baik dan jangan lupa kepada perpaduan yang selama ini dikecapi.  Jika runtuhnya perpaduan, sekelip mata sudah mudah melayang. Harap-harap tidak begitulah. Taka Melur yang ingin dikongsi ialah lokasi perkelahan di Hutan Simpan terletak di Labis. Jauh sikit dari Kolam Rekreasi Air Panas. 'Jauh jauh sangat sangat' dari Berlin. Kurang lebih begitulah. Keadaan ekonomi sebegini, riadah tetap perlu untuk merehatkan tekanan. Apatahlagi yang bekeluarga. Percuma itulah tempat paling mudah dituju. Lagipun harga petrol turun sedikit mungkin mendorong musim cuti ini untuk mengembara lebih sikit.   17 November 2014. Sedar-sedar, papan arah ke lokasi sudah naik.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Felten 2015

Image
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID AN-NUR 24 RABIUL AKHIR 1436H (14 FEBUARI 2015) SABTU, 6 PETANG MASJID AN-NUR FELDA TENANG LABIS, JOHOR D.T  Alhamdullilah tahun ini berkesempatan lagi untuk menyambut Keputeraan Pesuruh Allah, Nabi Muhammad bersama masyarakat Felda Tenang a.k.a felten. Jika ikut sejarah, keputeraan nabi ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang juga pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Mengikut atucara yang diberikan, bermula 6.00 petang berkumpul di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang untuk perarakan yang disertai Kelab, Persatuan juga pertubuhan. Disertai persembahan nasyid, solat berjemaah (maghrib dan isyak), berselawat, jamuan (selepas maghrib) dan ceramah.  Penceramah jemputan : Ustaz Faizal bin Abdul Rahman (Pengetua SMK Agama Al-Khairiah, Segamat, Johor)