Mangkuk Tingkat Festival Kraf Johor 2014

Selesai sudah Festival Kraf 2014. Pejam celik sudah seminggu lebih berlalu.

Sebenarnya ada produk yang perlu dibawa ketika festival itu berlangsung. Hendak kongsi tapi tidak berkesempatan.

Mangkuk tingkat atau bakul sia. Menggunakan teknik larik sebenarnya sesuai juga. Cuma bila mula-mula terima tengok gambaran awal macam rumit saja. Rasa hendak tolak sahaja.

Jujur, tidak pernah buat pun sebelum ini.

Kakitangan Cawangan Johor Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Encik Fahazanie Sandi meminta untuk membuat 4 unit.

Gambaran asal sahaja. Idea yang perlu diterjemahkan.

Cabaran pun bermula.




Kayu Leban menjadi pilihan (vitex spp.)

Naik atas mesin. Larik. Jadikan Mangkuk.

Sudah jadi mangkuk. Ukuran sama. Tapak pula.

Kepingan papan dibentuk supaya muat. Lekukkan supaya mangkuk itu dapat mencengkam mangkuk dari tergelincir.

Ukuran dan bentuk mendapatkan sedikit gambaran untuk tangkai dan pemegang.

Potong mengikut mesra tangan.

Beginilah selepas dibentuk.

Proses cat atau warna supaya kelihatan seragam. Jika hendak biarkan warna asli pun boleh.

Siap.

Begitulah proses yang ingin dikongsi. Prinsip bagi membuat mangkuk tingkat ini, ketepatan. Itu yang penting.

Syukur, tidak sangka juga ramai menjeling dan habis kesemuanya disambar orang. Untuk Hari Kraf Kebangsaan 2015? Produk ini akan ditambahbaik sedikit lagi.

Jumpa lagi dipenulisan lain kali.

Wassalam.






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja