FESTIVAL KRAF JOHOR 2014
18-31 DISEMBER 2015
PADANG A, ANGSANA JOHOR BAHARU MALL
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA
Selamat Tahun Baru 2015.
Pastinya 2015 bukanlah sesuatu yang luarbiasa kerana setiap tahun kita akan mengharunginya. Suka atau tidak, masa tidak pernah menoleh. Dibelakang itu sejarah, esok mendatang adalah jangkaan.
Agak sedikit lewat untuk menulis dan berkongsi dalam penulisan terbaharu. Jika hendak pantas selalunya dalam 'mukabuku' agak pantas sedikit. Jika berkenan, cari dan tekan 'suka / like' pelarikjohor.
Versi youtube lambat sikit, tapi sudah siap cuma belum muatnaik lagi.
Tidak berlengah lagi kita lihat beberapa keping gambar yang ingin dikongsi. Terima kasih kepada penganjur Perbadanan Kemajuan Kraftangan yang menjadikan acara tahunan di negeri 'Harimau Selatan'. Malah kini bukan lagi dipanggil Promosi dan Jualan tetapi dianggap Festival sekaligus tertera acara ini dalam kalendar melawat Malaysia dipenghujung tahun oleh Kementerian Perlancongan.
Tengok dahulu gerai pelarikjohor & geng di booth RKH004 mewakili daerah kecil Labis. Turut serta juga Kayu Warisan di lot tersendiri.
|
pelarikjohor a.k.a Permata Ilham Larik Enterprise |
|
Pengunjung |
|
Oh ya, gerai kali ini berkongsi tempat bersama En. Yunus (Orkid) dan En. Rizam (Gasing). Nampak meriah. |
|
Terima kasih kepada pengunjung yang datang singgah gerai pelarikjohor & geng. |
|
Jangan serik. Kadangkala sebagai pengusaha kraf bukan sahaja berniaga, sempat berseloroh, jenaka juga mengusik. Jangan maree... |
|
Ketika perasmian, hari pertama pembukaan oleh Menteri Pelancongan. |
|
Lawatan gerai oleh menteri. |
|
Turut dimeriahkan oleh selebriti 'Suamiku Encik Sotong'. |
|
Ada slot tazkirah. Ilmu dan taqwa tidak dilupakan. |
|
Tawar menawar menjadi lumrah. |
|
Persembahan kebudayaan. Penjung boleh menari sama. |
2014 Kraftangan Malaysia membawakan pengusaha senjata tradisional seperti parang, keris atau kapak melakukan demontrasi pembuatan yang diberi nama 'Kembang Api'. Pengunjung boleh lihat sendiri.
|
Khusyuk masing-masing buat kerja. |
|
Sempoi, pengusaha yang dulu dari Johor berpindah ke Pahang selepas pencen. Yang menoleh tu, pengusaha Melaka. |
|
Jika tidak singgah, dari jauh macam ada kambing golek. Tapi bukan. |
|
Anyaman rotan. pilihan dan warna-warni gitu. Buatan tangan dijamin. |
|
Kraf kita dilihat oleh pengunjung luar, identiti kita perlu ada. |
|
Pengunjung yang datang boleh lihat sendiri atau mendapatkan nasihat produk sebelum membeli. |
|
Kebanyakkan pengusaha yang ditonjolkan oleh kraftangan adalah terus kepada pembuat dan pengusaha. |
Acara sokongan yang boleh dilakukan oleh pengunjung.
|
Menonton persembahan kebudayaan. Awas, jangan meniru aksi ini untuk tidur di atas pentas. |
|
Ceria festival, sesuai untuk seisi keluarga yang bertandang. |
|
Anyam rotan, bukan menganyam ketupat. |
|
Tekun ke bergosip? |
|
Slot kembang bakat bersama stesen radio. Suka-suka pun ada. Pengusaha paling ramai melepas tekanan nampak. |
|
Ada sulaman dan jahitan. |
|
Pertandingan congkak pun ada. |
|
Fokus. |
|
Tempat Ketiga Main Congkak. Tuah pengantin baru ke? |
|
Naib Johan |
|
JUARA. Usahawan dari Kedah. |
Sebenarnya banyak lagi yang disusun oleh penganjur. tak muat pula nak kongsi...
Tapi kesempatan ini pun nak ucap terima kasih juga pada yang terlibat. Cerita turun naik barang...
|
Kayu Warisan pun ada |
Apa pun terima kasih pada kakitangan Cawangan Johor yang selama ini memantau dan memberi khidmat terbaik menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai lubuk pengusaha kraf seluruh negeri mencari nafkah. Juga PKKM Pusat / ibupejabat (HQ) yang turut memandang festival ini.
Kapada pengunjung, terima kasih kerana sudi datang jenguk apatah lagi membeli produk kraf buatan tempatan. Sekiranya ada yang terkhilaf memohon maaf apa yang terkurang.
Rakan usahawan. Jumpa lagi dua acara besar. Hari Kraf Kebangsaan dan Festival Johor untuk 2015. Bersainglah produk yang inovasi dan kualiti dalam perniagaan sihat. Untung rugi biasalah.
Hendak coret takut tak larat pula hendak membaca nanti, data pula cepat habis. Hehe. 5 GB memori kad penuh rakam gambar itu ini. huh!!.
Jumpa lagi
Comments
Post a Comment