Mangkuk Tingkat Festival Kraf Johor 2014
Selesai sudah Festival Kraf 2014. Pejam celik sudah seminggu lebih berlalu. Sebenarnya ada produk yang perlu dibawa ketika festival itu berlangsung. Hendak kongsi tapi tidak berkesempatan. Mangkuk tingkat atau bakul sia. Menggunakan teknik larik sebenarnya sesuai juga. Cuma bila mula-mula terima tengok gambaran awal macam rumit saja. Rasa hendak tolak sahaja. Jujur, tidak pernah buat pun sebelum ini. Kakitangan Cawangan Johor Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Encik Fahazanie Sandi meminta untuk membuat 4 unit. Gambaran asal sahaja. Idea yang perlu diterjemahkan. Cabaran pun bermula.