Explore Johor Fest 2014



Explore Johor Fest 2014
06-08 June 2014
Lapangan Antarabangsa Senai, Johor, Malaysia.
Mewakili Majlis Daerah Labis dan Daerah Segamat.

Selepas mensyuarat bersama Majlis Daerah Segamat, rupanya tarikh yang diberikan bertembung dengan majlis pernikahan adik yang berlangsung pada 07 Jun 2014 di Kundang Hulu. Lewat beberapa hari, ketua kampung Parit Bugis juga melemparkan perkhabaran untuk mewakili kampung seterusnya wakil Muar.Serba salah dibuatnya.



Setelah pertimbangan dan mengatur jadual, hanya selepas adik nikah, terus berlepas ke Senai. Seterusnya tidak melibatkan diri dalam majlis persandingan. Semoga berbahagia untuk adik lelaki bongsu. Apapun sekarang terpaksa mendahulukan Daerah Segamat.


Terima kasih kepada penaja.


Tujuan utama ialah untuk memberi laluan mempromosikan rumah kraf yang telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Johor awal tahun ini.



Antara gambar sekitar gerai pameran Majlis Daerah Segamat. Pengusaha Kraf Labis, Jabatan Hutan juga Felcra yang turut menyerikan ruang niaga juga pameran.










Antara gerai pemeran lain yang turut serta ialah semua daerah yang terdapat di Johor termasuk juga agensi lain dalam mempromosikan semua produk pelancongan.






Aktiviti sampingan yang menjadi sokongan sepanjang program.






Selain itu ada dibawakan makanan yang terkenal di setiap daerah. Jika Muar ada Mee bandung dan Asam Pedas. Segamat? Nasi Periuk Kera. Pernah cuba?




Apa pun terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama terbaik sama ada secara langsung atau sekadar sebalik tabir.

Buat semua warga Johor, inilah satu tugas penting menjadi duta pelancongan di zon Harimau Selatan. Nama baik warga Johor janganlah diabaikan.

AYUH JOHOR, DEMI JOHOR, LUASKAN KUASAMU JOHOR.

Wassalam.

p/s : facebook pelarikjohor sudah diserang.


Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja