Perasmian Pusat Pembuatan dan Jualan Kraf SDSI Labis, Johor

Tahun 2014 kelihatan seperti tidak banyak kesempatan untuk menulis. Namun ada juga untuk dikongsi.

Perasmian Pusat dan Jualan SDSI Kraf Labis
Dirasmikan oleh Menteri Besar Johor
Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
23 Mac 2014
Kolam Air Panas, Labis JDT, Malaysia

Jika menurut kronologi, pada penghujung tahun lepas, pegawai daerah Segamat sudah mengenal pasti beberapa usahawan kraf yang mampu diberi peluang untuk melebarkan sayap. Pada awalnya pembukaan kalendar pelarikjohor bersama Menteri Besar Johor (MB) sebagai pembuka aktiviti tahun 2014, namun beberapa faktor terpaksa ditangguhkan terutama banjir turut melibatkan negeri Harimau Selatan ini.

Alhamdulillah. Syukur. Selepas Hari Kraf Kebangsaan 2014, jadual berterusan menerima kunjungan MB. terima kasih kepada semua yang turut memberi kerjasama dalam memeriahkan lagi majlis ini.

Selamat Datang

Pegawai Daerah Segamat sempat meninjau sebelum kehadiran Menteri Besar.


Beginilah tempat pelarikjohor  menghias untuk dijadikan galeri.

Produk pun tidak banyak. Sekadar tunjuk-tunjuk dahulu.

Sementara menunggu kehadiran tetamu VVIP, perut jangan dilupa.



Menjelang selepas Zohor, galeri mula dibanjiri pengunjung.

Kunjungan yang turut disertai oleh Pengarah Kraftangan Johor serta pegawai amat dihargai. Terima Kasih.

Persiapan terakhir, Pegawai Daerah Segamat membuat perbincangan terakhir.

Pengusaha Kraf memberi info kepada Ahli Parlimen Labis yang turut berminat mendengar serta cuba membantu sedaya upaya.

Ketibaan Menteri Besar. Degup mula berdebar. Disambut oleh para pegawai dan kenamaan.

Sempat merakam peristwa di luar bangunan galeri.

MB membuat lawatan, pengusaha kraf akan membuat penerangan hasil produk masing-masing.

Bukan selalu dapat jumpa MB. Inilah masanya.

Pembuat parang. Sempoi. MB pun sporting berhadapan orang seni.

Gasing, ikon yang cuba diapungkan menjadi lambang kemegahan warga Labis. Harap ADUN Tenang jangan lupa bekerja keras. Kami Sedia membantu.

Macam artis pula, kamera 'berlip-lap' sepanjang bersama MB.

Mencuba set kerusi makan daripada kayu chengal.
Melihat demontrasi pembuatan hasil kraf.

Berbincang untuk memartabatkan industri kraf yang mungkin orang kampung tidak menyangka boleh menjana pendapatan.

Mungkin usaha awal dunia kraf dianggap kerja orang gila, kumpul kayu, jual tunggul, namun hari ini, kejayaan kita. Biarkan orang terus memperlekeh. Jangan berpaling.

Acara lain MB turut menyerahan geran tanah.
Ikon permainan tradisional yang cuba menggamit budaya.

Ingatkan gelanggang gusti. Hehe

Takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370 yang dilaporkan berakhir dengan tragedi. Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat. Semua negara yang terlibat juga jangan dilupa.

Apapun berakhirlah majlis yang ditunggu untuk pengusaha kraf di bawah DUN Tenang, Parlimen Labis ini.

 Merakamkan rasa syukur dan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak terutama Menteri Besar Johor yang sudi menjejak kaki di bumi Labis walaupun agak sedikit terperosok namun jodoh pertemuan, dapatlah penduduk menjengah berita baik.

Tidak lupa kepada pengiktirafan yang cuba dibangunkan, memandang kesungguhan pengusaha kraf oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat, Majlis Daerah Labis, ADUN Tenang yang sentiasa memberi kerjasama, Ahli Parlimen Labis tidak pernah lupa kepada warga Felda Tenang, juga sekalian warga Felda Tenang itu sendiri.

Syabas dan Tahniah.

Jumpa Lagi...

Semua sudah balik, siapa yang hendak tolong ambilkan gambar? Jangka automatik? Inilah padahnya....






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja