Sambutan Maulidur Rasul Felda Tenang (Felten) 1435H / 2014M


 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Tenang
Tempat : Masjid An-Nur, Felda Tenang, Labis, JDT
Tarikh : 3 Rabiul Akhir 1435H (bersamaan 3 Febuari 2014 M)
Hari : Isnin
Masa : Bermula 6 Petang.

Syukur, 2014 tahun Masihi diberikan lagi nafas untuk terus mencoret. Tahun ini, pembukaan untuk menulis agak lewat. Banyak perkara yang dirancang, namun tempiaran bertandang.

Pembukaan tahun ini, dimulakan dengan kisah bukan berasaskan keuntungan (non-profit activities) lebih kepada komuniti setempat. Sedikit pemanis bicara tentang aktiviti ini.

"Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad (He is believed by Muslims and Bahá'ís to be a messenger and prophet of God. Muhammad is almost universally considered by Muslims as the last prophet sent by God for mankind.). Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi."

Tapi sebelum aktiviti ini berlangsung, eloklah kita tinjau kembali persiapan sehari sebelum iaitu, 02 Febuari 2014.

Berkumpul di belakang Masjid untuk bergotong-royong.

Seperti biasa, orang lelaki diberikan tugas melapah daging.

Rasanya, kalau daging tidak cukup... sasaran dikenalpasti.

Kaum ibu, menyiapkan rempah. Gosip pun berita juga.

Beres..
Hari yang dinanti..Bila fajar mula mendatang tatkala 3 Rabiul Akhir 1435H hampir melabuhkan mentari.



Bersedia untuk berarak, berkumpul di hadapan Dewan Semai Bakti.

Minta perhatian!!!
Gambar sebegini, setahun dua mendatang, kurang bernilai, tataplah selepas 15 tahun kemudian. Makanan jiwa.
Abang/ Encik/ Pak Cik RELA sedia berkhidmat. Walaupun jalan dalam Felda tidaklah sesibuk mana, malang tidak berbau, langkah berjaga-jaga. Nanti digigit dek anjing. Naya!!

'Taiko' dan 'Tailong' di barisan hadapan.
Macam hendak pergi kutip duit raya pula.

Barisan Kontinjen...

Harapan yang sentiasa bertunas.

Tulis sendiri ke? Mantap.

Tangan yang mengayun buai mampu menggoncang bumi.

Pewaris generasi takhta.

Belia yang ingin Meluaskan Kuasa di atas padang.

Kanak-kanak diberikan makan dahulu sebelum solat maghrib.

Jangan sampai ada yang tercekik ketika orang sedang 'mencekik'.

Berselawat selepas solat maghrib.


Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud "Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah". para sahabat bertanya " Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab " Mintalah kepada Allah s.w.t kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat "

Giliran lelaki dan wanita menjamu selera.Selepas solat maghrib.

Vokal bukan sekadar rupa. Selepas ini, cuba-cubalah masuk 'Pencetus Ummah'. Manalah tahu, Yang baik jangan disanggah begitu cepat.

Boleh pilih kalau berkenan...

Jangan tidak percaya, tapi tanpa undian apalah guna. Kuikui..

Antara yang hadir memeriahkan majlis. Pengurus, Ketua Kampung, Penghulu, Pengerusi Masjid, ADUN Tenang, Imam serta penceramah jemputan, Kadi Daerah Segamat, As Sheikh Hj. Sulaiman bin Hj Maidin. Terima Kasih.

Khusyuk mendengar ceramah segenap penjuru.

Begitulah sedikit kisah yang ingin dikongsikan. Mungkin penceritaan ini kurang disenangi, bimbang 'tetamu luar' ini 'terlajak rempah'. Tidak kiralah dimana 'pelarikjohor' bertandang, resmi padi menjadi bekalan.

Bersyukurlah, apa yang dikecapi hari ini, bukanlah datang bergolek. Nikmat yang didakap hari ini, sekelip mata juga boleh hilang. Yang muda dikasihi, yang tua dihormati.

Tadi penat berarak, selepas itu tukang tuang air, ini kali, kasi cucilah. Serba boleh. Yang penting ikhlas.Tapi jika ada peruntukan lebih, mereka berpotensi untuk memulakan perniagaan cuci kereta. (Hehee...)

Sekian untuk 'sok sek' kali ini. Terima kasih kepada sebahagian rakan Felda Tenang (felten) yang menerima kehadiran 'musafir lalu' ini.

Apa pun, mudahan rezeki tahun ini mendapat keberkatan.

Wassalam.

Berkhidmat Untuk Nusa dan Negara - Tanah Tumpah Darahku. Luaskan Kuasamu Johor (kalah menang tetap setia).

-pelarikjohor-







Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja