SKUAD 1MALAYSIA
Program Jati Diri Anak Muda Parlimen Labis
Taman Negara Selai, Bekok, Johor, Malaysia
16-17 November 2013
Dirasmikan oleh ADUN Tenang Y.B Mohd Azhar Bin Hj Ibrahim
|
Berkumpul dihadapan pejabat Taman Negara Selai, Bekok. Konvoi penunggang motosikal dilepaskan awal manakala konvoi kenderaan pacuan empat roda menyusul dibelakang serta atu lori sebagai langkah berjaga-jaga. Diingatkan supaya mengutamakan keselamatan dan menghormati perkampungan orang asli. |
|
Bagi konvoi motosikal, kerosakan kebocoran tiub dan 'bearing' pecah dilaporkan semasa perjalanan tempat lokasi tapak perkhemahan. Bagi kerosakan yang agak teruk, motosikal akan diangkat menaiki lori. |
|
Taklimat ringkas sebaik tiba di lokasi. Pembahagian khemah. Tiba sekitar menghampiri tengah hari. |
|
Peserta mendirikan khemah masing-masing. |
|
Penganjur membahagikan tugas dan bersedia menghadapi kemungkinan supaya program berjalan lancar. |
|
Sementara menantikan program, ada peserta yang tidak dapat menahan diri untuk memancing mengisi masa lapang. |
|
Pengisian slot pertama dengan ceramah dari wakil Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA). Kepentingan keselamatan negara, semangat perpaduan dan cintakan negara.
|
|
Ceramah diteruskan dengan wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Perbincangan menjadi hangat dengan apabila terdapat sesi dua hala dilakukan. Masa bagaikan tidak mencukupi. Topik hukuman gantung diharapkan menjadikan batu sempadan dan kesedaran buat peserta. |
|
Slot pengisian kerohanian dan keagamaan tidak terlepas. Peserta diberikan tazkirah selepas solat maghrib. Syabas buat peserta yang memenuhi setiap saf berjemaah sepanjang masa termasuk Subuh. Penganjur agak terkejut, bimbang kerana terlalu kepenatan mungkin ada yang terlajak. Tahniah.
Aktiviti malam selepas tazkirah, acara memanggang dan bebas.
|
|
Aktiviti hari kedua lebih kepada aktiviti bebas dan santai. Hari pertama pengisian kerohanian, hari kedua lebih kepada jasmani. Aktiviti meneroka sedikit sekitar hutan simpan mamandangkan waktu yang agak terhad. |
|
Meneroka hutan |
|
Meninggalkan jejak kenangan |
|
Penulis sempat menghirup udara segar. Terfikir juga, jika semua pokok ini ditebang buat mangkuk larik. WOW! 'Ana kayalah'. |
Comments
Post a Comment