Potensi Produk Larik

Bergerak menaiki keretapi pada seawal jam 3.15 pagi, menuju ke destinasi ibukota.




Pada 04 November 2013, pihak Malaysian Timber Industri Board (MTIB) atau Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah menjemput untuk pertemuan dengan pengusaha kraf kayu larik yang dikenalpasti aktif di negara ini.

Mengucapkan setinggi penghargaan atas jemputan ini. Bagi pengusaha kraf kayu larik, terasa kami diterima kewujudan selepas agensi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


Dalam pertemuan ini, hanya tiga pengusaha yang hadir dan dikenalpasti mempunyai status aktif. Dua pengusaha adalah dari Pahang dan satu dari Johor.

Antara pertemuan yang dibincangkan ialah saranan menjadikan kraf kayu larik sebagai pengusaha 'anak angkat' terbaru setelah pengusaha ukiran yang sudah pasti memonopoli dalam bidang perkayuan.



Selain itu, beberapa pihak diberikan peluang dan platform untuk mengkaji serta berkongsi permasalahan dalam memartabatkan lagi industri kraf kayu. Pihak MTIB bukanlah sebuah badan yang mahu memberikan penajaan kepada pengusaha kecil ini, tetapi bercita-cita untuk mendengar supaya akan ada satu jalan cara atau kaedah terbaik membantu sedaya mampu. Kejujuran dan berterus-terang, memberikan satu gambaran permulaan yang positif.



Banyak juga juga perbincangan ini masih belum mencapai kata putus. Namun, dalam agenda ini, antara yang menarik minat ialah permulaan untuk proses mendokumentasi hasil kerja larik dalam percetakkan. Usaha yang bagus. Bagi ketiga-tiga pengusaha, diberikan peluang untuk membentangkan segala kesulitan. Sebagai paling muda, sudah pasti semangat itu menjadi membara. Sekadar memberi cadangan, untuk mengadakan lawatan dunia luar untuk mengetahui serta berjumpa pengusaha kayu larik luar untuk menceduk lebih banyak cetusan serta gugusan ilham meluaskan lagi minda yang mungkin tidak terjangkau. Itu sekadar cadangan, belum diputuskan. Dari masalah pengeluaran hingga pemasaran, perbincangan masih tidak tergesa-gesa. Banyak lagi perlu difikirkan.

Diharapkan pertemuan awal ini, bakal menjadikan kraf kayu larik sebagai satu industri. Mungkin ini langkah awal atau sebaliknya? Tawakal sudah pasti.

Bagaimanapun, MTIB menjadi satu lagi rakan strategik pelarikjohor.





Pelarikjohor tetap beriltizam untuk menjadi sebuah mercu - Empayar Selatan - Luaskan Kuasamu.

Terima Kasih.






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja