MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca pelarikjohor. Salam bertemu kembali. Pada 2020 kali ini, rasanya ini kali pertama penulisan untuk kembali aktif. Bukan tidak ada, cuma tahun ini dilihat mencabar terutama ketika negara ini dilanda wabak Covid-19 dan sudah tentu mengambil kira ketentuan politik negara juga menjadi satu faktor mengubah situasi 'suam-suam kuku'. Harap yang lain bersabar sahajalah. Kali ini, demi menghidupkan kembali kita tulis review tv. Hendak buat Youtube, malu pula. Kita tulis sajalah. Musim PKP ini, entah selera jadi lain bila terperap. Oleh kerana pergerakan terbatas, calit-calit di aplikasi membeli-belah, Shopee, ternampak pula tv murah dan berbaloi rasanya. Sebelum membeli sempat juga masa PKPP ini, meninjau di kedai elektronik sekitar. Bab harga, memang berbeza. Tapi risau juga hendak membeli barang besar, agak mahal tapi berisiko. Terbayang pula kalau rosak macam mana pula. Jadi sebelum
Projek Tunjuk Langit Rumah Teres. Di Malaysia, rumah melayu dikatakan mempunyai 3 elemen penting. Tiang Dinding Bumbung Artikel kali ini mengenai larik dibumbung. Tunjuk Langit. Tunjuk langit ini ada empat segi dan bulat. Terletak di bahagian kuda-kuda atau kaki kuda-kuda. Kuda kepang? Jauh sekali bukan. Kenapa tunjuk langit? Agaknya mungkin tiang itu seperti menongkat langit? Sejarah lampau tidak berapa tahu sangat. Pelarikjohor bukanlah pandai sangat bertukang. Tapi jika ada berkaitan larik mungkin bolehlah mencuba. Tapi apa yang ingin dikongsikan kali ini bukanlah seluruhan projek. Cuma buat bahagian tertentu sahaja. Kontraktor yang pasang. Tunjuk langit sahaja. Sebenarnya pada mulanya, tunjuk langit ini malas hendak buat. Apatahlagi jika ada berpasang, ada ibu atau anak. Semua kena buat sama. Lihat sedikitlah apa yang hendak dikongsikan. Inilah rumah yang dalam proses pembinaan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Terima kasih kepada yang sudi dan rajin membaca blog ini. Pejam celik lama juga sudah menulis blog ini. Malangnya, tidaklah sekerap mana. Artikel selama ini agak beberapa kerat sahaja. Tapi syukur, masih terdapat juga, ramai yang memberi reaksi sama ada laman sosial atau terus menghubungi nombor telefon atau aplikasi 'Whatsapp'. Terima kasih. Kali ini apa yang ingin dikongsi ialah sebuah rekaan yang diberi kepercayaan oleh Kompleks Kraf Johor, melalui pegawai perekanya, Encik Aizat bin Sahaharudin. Rekaan ini ialah pada sekitar bulan Oktober 2017. Ketika itu, sebenarnya telefon bermasalah. Al-maklumlah mempunyai anak kecil. Namun, tidaklah sukar untuk menghubungi, terutama aktif dilaman sosial facebook pelarikjohor . Baiklah. tanpa membuang masa. Jom lihat bagaimana proses pembuatan ini terhasil. Lakaran awal yang diberikan.
Comments
Post a Comment