Dilema perjanjian dengan syarikat logistik.
Semalam sempat juga menjengah ke kotak pesanan maya. Curiga itu benar. Kiriman sudah sampai. Malangnya ketika itu, waktu sudah agak lewat. Rela atau tidak terpaksalah ditangguhkan tugas.
Hari ini sempat mencetak keluar apa yang tertangguh. Waktu sudah menjerit. Tarikh untuk mengembalikan semula dokumentasi perlu sebelum 25 Oktober 2013. Esok hanya yang tinggal. Selebih pasti, urusan penghantaran dan penerimaan.
Masalah logistik adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi pengusaha kecil. Tidak dinafikan. Apatahlagi, bercita-cita untuk mengembangkan dunia perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Sekian lama meninggalkan ibu kota, kini hanya sebagai budak peleseran. Jika hendak berbicara bahasa perlembagaan, bahasa ibunda, bukanlah cerdik tapi sekurang tidak, sekuntum itu harum dalam sejambangan. Perjanjian dalam bahasa 'omputih', membuatkan sedikit risau.
Harap-harap boleh ditunda, untuk diteliti lebih terperinci, kadangkala masa menjadi percaturan. Walaupun berisiko, sebagai ahli dunia kapitalis, sejauhmana mampu dielak?

Comments
Post a Comment