Posts

Showing posts from January, 2018

The Putars - Bekas Kuih Berputar

Image
"The Putars" - Bekas Kuih Berputar Rekaan Kompleks Kraf Johor Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2018. Tidak sangka artikel ini ambil masa setahun. Terperap. Baiklah bertemu lagi dalam penulisan terbaru yang ingin dikongsikan tentang rekaan terbaru.  Bertemakan musim perayaan utama negara ini iaitu bersempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017. Melibatkan mengenai kuih raya.  Pun begitu, tidak ada proses larik berlaku dalam perkongsian kali ini. Rekaan kali ini juga bersempena dengan Promosi dan Jualan Warna-Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ucapan terima kasih juga kepada unit rekaan dari kakitangan Kompleks Kraf Johor atau Cawangan Johor Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Rekaan ini diilhamkan oleh Encik Aizat Bin Sahaharudin manakala perjalanan pembuatan juga penghasilan dibawah pemantauan Encik Fahazanie Sandy Bin Halim. Rundingan awal.