Posts

Showing posts from December, 2015

Papan Tanda Kedai Jahit - Puteri Nawa

Image
Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Sebenarnya kurang pasti sama ada mahu atau tidak untuk berkongsi bersama semua diluar sana. Untuk produk kali ini, bukanlah dalam bidang kebiasaan yang pernah dilakukan. Maklumlah, kita ini lebih dikenali sebagai 'kaki larik'.  Ini adalah permintaan bekas rakan serumah dahulu ketika era kuliahan di ibu kota. Permintaan untuk membina papan tanda untuk kedai milik warisan keluarga di negeri Bawah Bayu. Mulanya agak berat kerana tidak pernah buat. Tapi bila mengenangkan persahabatan, lama pula tidak bersua. Apa salahnya mencabar diri. Bertugas di ibu kota, beliau yang kini juga macam 'beliau-beliau sudah kan', meminta menggunakan kayu yang ringan supaya mudah dibawa naik 'belon'.  Cadangan dan permintaan asal.