Posts

Showing posts from September, 2015

Labis Menuju Industri Pelancongan 2015

Image
Penggambaran Promosi Pelancongan Parlimen Labis dan DUN Tenang 02-03 September 2015 Warna Motion Picture dan Majlis Daerah Labis (MDL) Syukur diberikan peluang untuk menulis sekali lagi. Menjelang International Craft Festival 2015 pada 10-13 September di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, tugas kepada komuniti sekali lagi tidak diabaikan. Ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Labis yang memberi kepercayaan kepada pengusaha kraf untuk menyambut program yang dirancang untuk melayan tetamu undangan khas. Tidak lupa sokongan UMNO dan MCA Bahagian Labis yang selari menghidupkan lokasi yang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pelancong. Sebuah syarikat penggambaran swasta yang diberi kepercayaan oleh stesen tv tempatan, syarikat pengangkutan awam (KTMB) dan pihak berkuasa tempatan (MDL) telah memberikan satu nafas dalam usaha mempromosikan pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terdapat di kawasan sekitar setiap perhentian keretapi.  Tidak terkecuali ialah La