Posts

Showing posts from April, 2015

Hari Kraf Kebangsaan 2015 - Siri 2 Kemudahan dan Kesudahan.

Image
HARI KRAF KEBANGSAAN 2015 26 MAC - 7 APRIL 2015 KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) 10 Pagi- 10 Malam. Bertemu kembali. Akhirnya Hari Kraf Kebangsaan 2015 telah melabuhkan tirai. Acara terbesar bagi penggiat kraf tempatan telah pun berkampung selama kurang lebih 13 hari. Untuk siri 2 pelarikjohor ingin sekadar berkongsi apa yang sempat dikongsi. Selepas hari pertama terpaksa pulang untuk menyiapkan tempahan dan kembali semula pada hari 4 April hingga hari terakhir. Tiada liputan sangat semua acara tapi apa yang sempat sekadar mampu. Banyak khemah. Ramai penyertaan usahawan sehingga 600++ usahawan termasuk promosi Kerja Kahwin yang dilakukan serentak. Ada pelanggan dan pengunjung kata meriah sangat dan agak luas untuk meneroka setiap pelusuk. Penat dan masa juga terhad. Jomlah kita lihat apa ada di siri 2... Selamat Datang