Posts

Showing posts from June, 2014

Explore Johor Fest 2014

Image
Explore Johor Fest 2014 06-08 June 2014 Lapangan Antarabangsa Senai, Johor, Malaysia. Mewakili Majlis Daerah Labis dan Daerah Segamat. Selepas mensyuarat bersama Majlis Daerah Segamat, rupanya tarikh yang diberikan bertembung dengan majlis pernikahan adik yang berlangsung pada 07 Jun 2014 di Kundang Hulu. Lewat beberapa hari, ketua kampung Parit Bugis juga melemparkan perkhabaran untuk mewakili kampung seterusnya wakil Muar.Serba salah dibuatnya. Setelah pertimbangan dan mengatur jadual, hanya selepas adik nikah, terus berlepas ke Senai. Seterusnya tidak melibatkan diri dalam majlis persandingan. Semoga berbahagia untuk adik lelaki bongsu. Apapun sekarang terpaksa mendahulukan Daerah Segamat. Terima kasih kepada penaja. Tujuan utama ialah untuk memberi laluan mempromosikan rumah kraf yang telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Johor awal tahun ini.