Posts

Showing posts from August, 2015

Lawatan Pergerakan MCA ke Pusat SDSI Labis

Image
Lawatan Pergerakan MCA ke Pusat SDSI Labis 13 Ogos 2015 11.30 Pagi Sekali lagi menulis agak lambat untuk mengemaskini blog terkini. Kali ini, Pejabat Majlis Daerah Labis telah memaklumkan kehadiran tiga buah bas yang akan hadir ke Labis untuk melihat produk tempatan. Terima kasih kepada Pergerakan Malaysian Chinese Association (MCA) yang telah sudi hadir juga dikhabarkan dari Mersing. Justeru itu, ahli kraf tempatan menyahut dengan hati terbuka kepada lawatan. Terima kasih juga kepada usahawan juga individu yang turut hadir menggembeleng tenaga untuk bersama-sama. Selamat Datang.

Kembara Mahkota Johor 2015 - Dataran Labis

Image
Kembara Mahkota Johor 2015 11 Ogos 2015 Dataran Labis, Johor Darul Takzim DAULAT TUANKU. Syukur dalam penulisan kali ini, pelarikjohor dalam Kembara Mahkota tidak terlibat secara langsung. Sebagai orang kebanyakan untuk melihat kehadiran institusi diraja yang terkenal sebagai aktiviti tahunan mencemar duli mengambil berat mengenai jelata dibawah naugannya. Kali pertama, 2011 di Jorak mewakili Mukim Sungai Balang, bersama ayah, dapat juga bersua secara langsung ke bawah duli Sultan Ibrahim Ismail.  Begitu kagum dan teruja dengan Sultan Johor yang masih terus kekal merendah diri. Ketika itu, perjalanan sekadar menaiki tongkang biasa diiringi Menteri Besar lama, Tan Sri Ghani Othman. Kali kedua, 2013 bersama Encik Yunus Bin Ismail dalam diiringi Penghulu Labis, Tok Sabri bin Nozari mempersembahkan produk kraf di One Segamat.  Bagaimana pun begitu, hanya Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang sempat bersua muka.  Kali ketiga ini, tidak pula terfikir

Warna-Warni Aidilfitri 2015

Image
Warna-Warni Aidilfitri 2015 02 - 13 Julai 2015 10 Pagi - 10 Malam Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Malaysia Selamat bertemu lagi. Lama betul jarak untuk menulis dan mengemaskini penulisan kali ini.  Ketika ini, Syawal telah berlalu malah promosi yang ingin dikongsikan sudah sebulan lebih.  Namun begitu, terpaksa juga gagahkan untuk berkongsi apa yang mungkin sudah ingat lupa. Jom lihat sekitar gambar apa yang berlaku. Kali ini, gerai turut dibantu oleh Warisan Tenang (En. Rizam) yang turut banyak membantu dari Labis ke 'kolumpo' (Kuala Lumpur). Untuk promosi Aidilfitri semenjak 2009, Permata Ilham memang menetapkan promosi wajib dalam kalendar untuk mempromosikan produk. (kecuali 2014 ada sedikit melayan tempahan, sekadar menumpang gerai Kayu Warisan).