Posts

Showing posts from May, 2015

Kursus 'Costing' Zon Selatan 2015

Image
KURSUS 'KOSTING' (KUNCI KIRA KOS) ZON SELATAN 28-29 MAY 2015 HOTEL PANTAI PUTERI, TANJUNG KLING, MELAKA ANJURAN : BAHAGIAN USAHAWAN, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (PKKM) Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Muafakat Johor, Salam 1Malaysia. Macam teks ucapan rasmi pula.  Setelah sunyi seketika, ada sedikit program terbaru yang ingin dikongsi kepada yang mengikuti penulisan pelarikjohor ini. Walaupun tidak konsisten tarikh penulisan, mungkin agak berat, cuba juga gagahkkan diri untuk berkongsi maklumat. Dalam kesibukan hal pribadi, juga tempahan, mendapat pujukan untuk menghadiri sebuah majlis ilmu pada saat akhir. Oleh kerana, JDT menang 5-0 melawan Ayewadi dalam kempen AFC 2015, pelarikjohor berlapang dada menyahut pelawaan. (cuba untuk menolak tapi mujur kerja sempat siap). Bagi peserta usahawan kraf cawangan Johor Darul Takzim, telah menghantar 4 syarikat. 1. Permata Ilham Larik a.k.a pelarikjohor 2. Warisan Tenang 3. Yoo Airani

Lampu Meja 2015

Image
Lampu Meja Larik Bahan : Kayu Merbau, Kayu Leban dan Papan Terpakai. Apa khabar, jumpa lagi dalam 'penaipan' kali ini. Lama juga tidak menaip. Kali ini apa yang ingin dikongsikan ialah proses membuat lampu meja.  Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Johor sebenarnya telah meminta untuk membuat satu lampu berasaskan larik sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 tempoh hari. Terima kasih kepada Encik Khairul Nizar Syah yang memberi kepercayaan. Ikutkan memang hendak kongsikan sebelum tarikh promosi dan jualan tersebut tetapi tiada kesempatan. Pada awalnya telah diberikan satu lakaran cadangan tetapi oleh kerana waktu, bahan dan kos yang tidak menyebelahi maka apa yang dirancang terpaksa diubah.  Biasalah bagi pelarikjohor, lain diminta lain dimakbul. Hehe. Baiklah jom lihat antara proses. Beginilah gambaran awal.

Hari Koperasi SMK Munshi Ibrahim

Image
Hari Koperasi Sekolah (SMK Munshi Ibrahim) Labis, Segamat, Johor Darul Takzim. 7 Mei 2015 0700 - 1330 Selepas Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Jalan Conlay, nampaknya perjalanan aktiviti luar agak perlahan. Sambutan agak bagus. Namun begitu ada juga undangan dari pelbagai pihak. Tidak semua mampu dipenuhi. Tempahan masih beratur sebenarnya. Mesin rosak, alat tidak mencukupi. Dugaaan. Ketika ini juga berlangsung Promosi Kraf di Angsana Johor Bahru Mall. 1-10 Mei 2015. Sebenarnya pihak sekolah menjemput Yoo Airani dari Felda Tenang. Kisah ini, kira tumpang tempias saja. Pelarikjohor ikut serta sekali. Pengusaha Kraf Labis yang terlibat Nahar Impian, Gasing Warisan dan juga Permata Ilham. Jom kita lihat aktiviti terbaru. Selamat Datang. Macam kembali ke sekolah pula.